欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucap Tahniah kepada Forum Lanting

(CRI)Jumaat 21 April 2023

Presiden Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada Forum Lanting mengenai "Modenisasi Ala China dan Dunia" yang diadakan di "Meet-the-World Lounge" di Shanghai, pada 21 April.

Xi Jinping menyatakan bahawa merealisasikan modenisasi adalah aspirasi rakyat China sejak zaman moden, dan juga aspirasi rakyat seluruh dunia.

Pembinaan modenisasi sesebuah negara bukan sahaja harus mengikut hukum lazimnya, tetapi juga perlu sesuai dengan realiti di negara terbabit dan mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Beliau berkata bahawa, melalui penerokaan dalam jangka masa panjang, Parti Komunis China menyatukan dan memimpin rakyat pelbagai etnik menemui jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan negara sendiri, dan kini memperkasakan pembinaan negara kuat dan kebangkitan bangsa melalui modenisasi ala China.

"China bersedia bekerjasama dengan negara-negara lain untuk menyediakan peluang baharu untuk pembangunan dunia melalui pencapaian baharu dalam modenisasi ala China, di samping menyediakan bantuan baharu bagi umat manusia meneroka laluan pemodenan dan sistem sosial yang lebih baik, serta menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan," ujar beliau.

Untuk rekod, Forum Lanting mengenai "Modenisasi Ala China dan Dunia" dianjurkan bersama oleh Persatuan Diplomasi Awam China, Institut Hal Ehwal Luar Rakyat China dan kerajaan bandar Shanghai. Wakil dari kerajaan, kumpulan pemikir dan media dari hampir 80 negara menyertai forum tersebut.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan