欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Utus Tahniah Genap 50 Tahun Kerjasama China, WIPO

(CRI)Rabu 26 April 2023

China sudi menyumbang kepada pembangunan sistem tadbir urus harta intelek global yang lebih saksama dan munasabah.

Demikian ujar Presiden Xi Jinping menerusi perutusan tahniah sempena pelancaran aktiviti sampingan bagi menyambut ulang tahun ke-50 kerjasama China-Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), hari ini.

Xi berkata sepanjang lima dekad lalu, China kekal teguh memelihara sistem pelbagai hala harta intelek antarabangsa dan memperluas kerjasama dengan WIPO sehingga mencapai hasil yang memberangsangkan.

Menurut beliau, usaha China berhubung harta intelek sentiasa dipergiat secara berterusan dan bersepadu, yang mencakupi pelbagai aspek antaranya termasuk menambah baik sistem pengurusan harta intelek, mengukuhkan perlindungan keseluruhan rantaian berkenaan, terus mengoptimumkan persekitaran inovasi dan perniagaan, dan sebagainya.

Presiden itu turut meluahkan hasrat ingin memperkasa kerjasama dengan WIPO dan bersinergi ke arah meningkatkan lagi kesejahteraan umat manusia.

Dilaporkan, Pentadbiran Hak Cipta Kebangsaan China (NCAC) dan WIPO menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang dikemaskini mengenai kerjasama dua hala di Beijing pada Selasa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan