欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Bantah AS Amalkan Pembulian Teknologi

(CRI)Jumaat 28 April 2023

China membantah sekeras-kerasnya tindakan Amerika Syarikat (AS) melarang Korea Selatan mengisi jurang eksport cip yang ditinggalkan pembekal AS di pasaran China.

Jurucakap Kementerian Perdagangan Shu Jueting menyifatkan amalan AS seumpama sebagai pembulian teknologi yang tipikal.

"Tindakan AS itu mengganggu hubungan ekonomi dan perdagangan yang normal antara syarikat, serta menjejaskan peraturan pasaran dan tatatertib perdagangan antarabangsa."

"Ia juga mengancam keselamatan dan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global," kata beliau semasa sidang akhbar di Beijing pada Khamis.

Shu berkata perkembangan rantaian perindustrian cip adalah berkat globalisasi pada tahap tinggi serta kerjasama pelbagai negara mengikut kelebihan masing-masing.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, AS terus-menerus menggeneralisasikan konsep keselamatan negara dan menyalahgunakan langkah kawalan eksport.

Bahkan, AS sanggup mengorbankan kepentingan rakan sekutunya dan memaksa sesetengah negara mengamalkan perlindungan perdagangan terhadap China dengan niat sengaja memutuskan rantaian perindustrian berkenaan.

Jurucakap itu menyeru kerajaan dan syarikat negara berkenaan bersama-sama mempertahankan peraturan perdagangan bebas ke arah membentuk sistem rantaian perindustrian dan bekalan global yang selamat, stabil, lancar, terbuka, inklusif dan saling untung.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan