欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

WHO: COVID-19 Bukan Lagi Peristiwa Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa

(CRI)Sabtu 06 Mei 2023

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat mengumumkan bahawa pandemik COVID-19 tidak lagi dikategorikan sebagai "Peristiwa Kecemasan Kesihatan Awam Keprihatinan Antarabangsa ", dan pihaknya membatalkan amaran tahap tertinggi yang diberikan pada 30 Januari 2020.

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berdasarkan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan WHO setelah melakukan penilaian terhadap keadaan wabak di seluruh dunia pada Khamis.

"Pandemik telah menunjukkan trend penurunan, imuniti orang ramai menyaksikan peningkatan, kadar kematian menurun secara beransur-ansur, tekanan kepada sistem kesihatan global telah berkurangan, dan rakyat kembali menjalani kehidupan normal di kebanyakan negara."

"Namun, ia tidak bermakna COVID-19 bukan lagi satu ancaman kesihatan global. Jika dunia sekali lagi berada dalam situasi bahaya akibat COVID-19, saya tidak teragak-agak akan memanggil pakar untuk menjalankan penilaian terhadap situasi terbabit." katanya.

Dalam tempoh tiga tahun lalu, dunia ini pernah dilanda banyak kali gelombang COVID-19 akibat kewujudan varian seperti Alpha, Delta dan Omicron.

Menurut data WHO, jumlah jangkitan COVID-19 di seluruh dunia melebihi 760 juta kes dan mengakibatkan hampir 6.9 juta penduduk meninggal dunia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan