欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Ketika Dunia Bertemu Budaya Teh Cina | Teh Tarik

Dalam pelayarannya ke Barat, Zheng He yang juga dikenali sebagai Laksamana Cheng Ho telah membawa teh ke Tanah Melayu (Malaysia). Sejak itu, budaya minum teh beransur-ansur popular di kalangan masyarakat setempat, kemudiannya diinovasi menjadi teh tarik.

Susu pekat ditambah ke dalam teh hitam lalu dituangkan dari satu bekas ke satu bekas lagi hingga sebati. Aksi menuang campuran dari bekas tinggi ke bekas rendah berulang kali menjadikan teh kelihatan seolah-olah ditarik ke atas dan ke bawah, membentuk satu seni persembahan yang unik.

Menerusi perkembangan budaya teh selama beribu-ribu tahun, telah lahirnya pelbagai rupa dan rasa minuman istimewa ini. Namun begitu, tidak kiralah sama ada ketenangan budaya teh Cina atau keghairahan teh tarik Malaysia, teras dan jiwa teh telah membawa kegembiraan dan kepuasan spiritual kepada orang ramai.

Pada sambutan Hari Teh Antarabangsa ini, jemputlah bersama-sama menikmati secawan teh.

Gaya Hidup