欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Angkatan Tentera Sudan Umum Patuhi Perjanjian Gencatan Senjata

(CRI)Isnin 22 Mei 2023

Angkatan Tentera Sudan semalam mengumumkan akan mematuhi perjanjian gencatan senjata jangka masa pendek dan atur cara kemanusiaan berkenaan yang ditandatangani dengan Rapid Support Forces (RSF) pada Sabtu lalu.

Jurucakap Angkatan Tentera Sudan dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa pihaknya membuat komitmen terhadap perjanjian berkenaan dan juga berharap agar RSF pun mematuhi janji yang dibuatnya.

Kedua-dua pasukan tersebut telah menandatangani perjanjian di Jeddah, Arab Saudi pada malam Sabtu lalu.

Menurut perjanjian terbabit, gencatan senjata berkuatkuasa selama 7 hari bermula malam 22 Mei waktu tempatan. Dalam sebuah kenyatan diumumkan semalam, Liga Arab menunjukkan bahawa kedua-dua pihak berkonflik di Sudan dialu-alukan mencapai perjanjian gencatan senjata jangka masa pendek demi pembekalan bantuan kemanusiaan kecemasan. Ketua Setiausaha Liga Arab, Ahmed Ali Abul Gheit menegaskan bahawa kedua-dua pihak bertelagah sepatutnya menjalankan perjanjian tersebut secara menyeluruh.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan