欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Aktiviti China Sebagai Negara Tetamu Kehormat PBAKL Bermula di Malaysia

(CRI)Isnin 29 Mei 2023

Majlis perasmian siri aktiviti China sebagai negara tetamu kehormat pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-40 telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada 27 Mei.

Acara itu dirasmikan bersama oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Zhang Jianchun, Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Zhang mengiringi Anwar untuk melawat zon pameran buku China dan memperkenalkan buku "Xi Jinping: The Governance of China" edisi bahasa Melayu, koleksi artikel pilihan Presiden China Xi Jinping, buku China terpilih edisi bahasa Melayu dan buku Malaysia terpilih edisi bahasa Mandarin serta koleksi komprehensif lukisan China pada zaman purba.

Lebih daripada 150 wakil dari lebih 30 agensi penerbitan China mengambil bahagian dalam pameran buku yang melibatkan lebih 30 aktiviti pertukaran kebudayaan antara China dan Malaysia.

Penulis dan sarjana China yang termasuk Liu Zhenyun dan Kang Zhen akan berinteraksi dengan pembaca Malaysia dalam pameran buku itu.?

PBAKL yang diinisiatifkan pada tahun 1981, disifatkan sebagai temasya kebudayaan penting di Malaysia, dan edisi 2023 yang akan berlangsung selama 10 hari itu sudah dirasmikan pada Jumaat.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan