欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Balas Surat kepada Kanak-kanak Bangladesh

(CRI)Rabu 31 Mei 2023

Presiden China, Xi Jinping membalas surat kepada Alifa Chin, gadis Bangladesh yang dilahirkan di kapal hospital Tentera Laut China Peace Ark pada tahun 2010, menggalakkannya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengejar impiannya, serta terus menjadi utusan bagi hubungan persahabatan antara China dan Bangladesh.

Xi Jinping dalam suratnya menyatakan bahawa pengalaman Chin adalah gambaran persahabatan China-Bangladesh. Rakyat dari kedua-dua negara ini telah menjadi jiran dan sahabat baik sejak zaman purba, dan mempunyai sejarah hubungan muhibah selama beribu-ribu tahun.

Menurut beliau, lebih 600 tahun yang lalu, armada Laksamana Cheng Ho melawat ke Bangladesh dua kali dan menyemai persahabatan antara rakyat kedua-dua negara. Pada zaman ini pula, kapal hospital Tentera Laut China "Peace Ark" belayar ke Bangladesh, dan doktor wanita China membantu ibu Chin mengharungi kesulitan bersalin dan melahirkan anak dengan selamat. Oleh itu, bapa Chin menamakan anaknya itu "Chin" iaitu perkataan "China" dalam bahasa Bengali. Inilah bab baharu dan menyentuh tentang persahabatan China-Bangladesh.

Xi Jinping menekankan bahawa beliau sangat gembira diberitahu bahawa Chin bercita-cita untuk menjadi utusan persahabatan China-Bangladesh, dan berharap untuk belajar ilmu perubatan di China pada masa hadapan agar dapat menyelamatkan nyawa seperti "ibunya dari China ".

"Chin diharap akan menghargai masa mudanya dan belajar bersungguh-sungguh hingga impian tercapai, dan berbakti kepada keluarga, masyarakat, dan tanah air," kata Xi.

Sempena sambutan Hari Kanak-kanak Antarabangsa yang jatuh pada 1 Jun, beliau menzahirkan harapan dan mogaan baik kepada Chin agar sihat, bahagia dan maju jaya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan