欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Mahu Kanak-kanak China Berkembang Holistik

(CRI)Khamis 01 Jun 2023

Presiden Xi Jinping menggalakkan kanak-kanak China mempunyai visi pandangan yang jauh, memasang impian yang tinggi, menghayati setiap aktiviti pembelajaran dan bidang yang diceburi, memupuk sifat bersyukur, serta berani berinovasi dan sentiasa gigih berusaha.

Harapan itu diluahkan beliau semasa lawatan ke Sekolah Yuying Beijing pada Rabu menjelang Hari Kanak-kanak Antarabangsa yang disambut setiap 1 Jun.

Xi berkata kanak-kanak adalah masa depan nusa serta harapan bangsa, dan perkembangan holistik merupakan cakupan dari semua kemampuan si kecil.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan para pelajar di gelanggang bola keranjang, sambil berkongsikan bahawa perkembangan fizikal perlu diutamakan.

Menurut beliau, sukan dan senaman merupakan kaedah yang paling berkesan dalam membina kekuatan fizikal kanak-kanak.

"Adalah penting untuk mencipta suasana kondusif yang melibatkan guru, pihak sekolah, keluarga dan seluruh masyarakat untuk terus menyumbang kepada peningkatan kecergasan fizikal kanak-kanak," kata Xi.

Apabila singgah di sebuah kebun yang diusahakan pelajar sendiri, Presiden itu menyatakan amalan bercucuk tanam harus dibudayakan sejak kecil.

Beliau memberitahu para pelajar bahawa pengetahuan terhadap alam semula jadi bermula dengan menerokai tumbuh-tumbuhan di sekeliling mereka.

Xi menzahirkan harapan agar golongan itu dapat menghargai jasa dan bakti yang dicurahkan kaum tani sepanjang berladang, memupuk minat bercucuk tanam serta menghormati alam.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan