欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Rangka Global Kawalan Amunisi Konvensional PBB Penting bagi Kawalan Senjata

(CRI)Selasa 13 Jun 2023

Rangka Global Kawalan Amunisi Konvensional yang dicapai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini kondusif bagi menyempurnakan mekanisme antarabangsa dalam bidang berkenaan dan disifatkan sebagai batu tanda dalam bidang kawalan senjata konvensional, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media pada Isnin.

“China secara konstruktif mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan kerja dan memainkan peranan penting dalam penyelarasan sehingga tercapainya rangka global tersebut.

“Hasil inisiatif China, sejumlah cadangan seperti ‘tidak mengeksport amunisi kepada entiti penerima yang bukan negara’ termaktub dalam rangka global itu, yang turut memperlihatkan keazaman masyarakat antarabangsa untuk memperhebat kawalan amunisi,” kata Wang.

Wang juga menambah, China yang berkonsepkan komuniti berkongsi nasib sesama insan, bersedia terus meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan semua pihak dalam isu kawalan amunisi dan menyumbang kepada pembinaan dunia ke arah yang kekal selamat dan damai.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan