欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Festival Filem Shanghai: Minggu Filem B&R, Wadah Interaksi Penggiat Filem Antarabangsa

(CRI)Selasa 13 Jun 2023

Sempena Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) ke-25 yang sedang berlangsung di bandar raya di timur China ini, turut dianjurkan adalah Minggu Filem Jalur dan Laluan (B&R).

Sepanjang Minggu Filem B&R ini berlangsung, sebanyak 20 filem baharu dari negara-negara terlibat Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) akan ditayangkan dalam aktiviti tersebut.

Untuk rekod, tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 BRI, dan juga ulang tahun kelima Persatuan Festival Filem B&R serta Minggu Filem B&R.

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Persatuan Festival Filem B&R telah berkembang daripada 31 institusi perfileman dari 29 negara kepada 55 institusi dari 48 negara.

Difahamkan, sebanyak 115 filem terlibat dalam tayangan jelajah sebanyak lebih 300 kali di dalam dan luar China.

Pada tahun ini, karya-karya ini meneruskan ciri-ciri Minggu Filem B&R yang terdahulu, dan mengundang pelbagai filem untuk menarik penonton di bandar Shanghai.

Antaranya, filem Indonesia iaitu Yuni yang mengetengahkan cerita menarik hati serta persembahan audio-visual yang hebat untuk mendalami isu-isu serius dan realistik seperti perkahwinan dan pilihan peribadi generasi muda wanita Indonesia.

Selain itu, filem Kazakhstan, The Start pula menceritakan tentang kisah hidup yang susah oleh seorang protagonis dan perjuangannya.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan