欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Palestin Jalinkan Hubungan Rakan Strategik

(CRI)Khamis 15 Jun 2023

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Palestin, Mahmoud Abbas yang berada dalam jadual lawatan rasmi di China telah bersama-sama mengumumkan terjalinnya hubungan rakan strategik antara kedua-dua negara yang dilihat ibarat satu batu sejarah yang signifikan dalam hubungan bilateral.

Keputusan tersebut diumumkan mereka dalam perbincangan yang diadakan di Dewan Besar Rakyat di bandar Beijing pada 14 Jun.

Menurut Xi, beliau telah mencapai banyak kata sepakat yang penting dengan Presiden Abbas dalam pertemuan sempena Sidang Kemuncak China-Arab yang pertama di Riyadh, Arab Saudi pada penghujung tahun yang lalu. Abbas merupakan pemimpin negara Arab yang pertama melawat China pada tahun ini, memperlihatkan Palestin mempunyai status tinggi dalam diplomasi negara ini.

Xi menekankan bahawa China dan Palestin merupakan sahabat dan rakan yang baik yang saling percaya dan menyokong. China sebagai salah satu negara yang paling awal mengiktiraf Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan negara Palestin, sentiasa menyokong rakyat negara itu mempertahankan usaha memulihkan hak dan kepentingan kebangsaan yang sah. Menghadapi perubahan situasi dunia dan rantau Asia Barat yang tidak menentu, China bersedia terus meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dengan Palestin, mendorong masalah Palestin diselesaikan secepat mungkin secara menyeluruh, adil dan kekal.

Xi berkata, China bersedia dengan mengambil peluang penjalinan hubungan rakan strategik dengan Palestin, terus mendorong kerjasama persahabatan dalam pelbagai bidang secara menyeluruh.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan