欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, AS Capai Persepakatan dalam Lima Perkara

(CRI)Isnin 19 Jun 2023

Dasar China terhadap Amerika Syarikat (AS) kekal konsisten dan stabil dengan berpandukan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara aman dan kerjasama menang-menang.

Prinsip tersebut perlu dijunjung bersama oleh kedua-dua pihak, kata Menteri Luar China Qin Gang semasa ditemui Setiausaha Negara AS Antony Blinken di sini, pada Ahad.

Hasil pertemuan itu, China dan AS bersetuju untuk melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara di Bali, selain mengendalikan perselisihan secara efektif, serta menggalakkan dialog, pertukaran dan kerjasama.

Kedua-dua pihak bersepakat mengekalkan interaksi peringkat tinggi, dan terus menggerakkan rundingan berhubung prinsip yang menjadi panduan hubungan China-AS.

Antara lain yang dipersetujui termasuk mempergiat rundingan kumpulan kerja bersama bagi menyelesaikan isu-isu konkrit dalam hubungan dua hala; memperluas pertukaran dari segi sosiobudaya dan pendidikan, serta menambah kekerapan penerbangan.

Kedua-dua pihak juga mengalu-alukan pertukaran lawatan membabitkan pelajar, sarjana dan ahli perniagaan, serta berjanji menyediakan sokongan dan kemudahan yang sewajarnya.

Dalam pertemuan itu, Qin turut mengulangi bahawa isu Taiwan adalah teras kepada kepentingan teras China dan juga isu terpenting dalam hubungan China-AS.

"AS perlu mematuhi prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, serta menterjemahkan komitmen tidak menyokong cubaan 'kemerdekaan Taiwan'," tegas beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan