欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kelajuan HSR Jakarta-Bandung Capai 350 Kilometer Sejam

(CRI)Ahad 25 Jun 2023

Kelajuan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung berjaya mencapai kelajuan maksimum iaitu 350 kilometer sejam dalam ujian bersepadu yang dilakukan pada Khamis.

Dengan kejayaan itu, ia sekali gus menandakan HSR tersebut berjaya mencapai matlamat dalam fasa ujian bersepadu.

Sejak ujian bersepadu dimulakan pada 22 Mei, Syarikat Kereta Api Antarabangsa China (CRI) bersama-sama dengan beberapa syarikat China menjalankan ujian untuk meningkatkan kelajuan tren secara berperingkat, iaitu dari 180 kilometer sejam hingga 350 kilometer sejam.

Ujian tersebut memeriksa fungsi dan pelbagai indeks mengenai landasan, pembekalan elektrik, telekomunikasi, isyarat, penyeliaan amaran bagi memastikan kelancaran terhadap ujian fasa seterusnya serta pengoperasian rasmi.

Projek landasan sejauh 142.3 kilometer yang menghubungkan Jakarta dengan Bandung, bandar keempat terbesar di negara itu merupakan projek ikonik dalam pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan kerjasama China-Indonesia.

Untuk rekod, ia juga merupakan projek pertama pembinaan HSR China di luar negara dengan segenap komponen dan rantaian perindustrian melalui teknologi dan standard China.

Apabila projek itu siap, perjalanan dari Jakarta ke Bandung akan mengambil masa 40 minit berbanding lebih tiga jam sebelum ini.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan