欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Barbados Mahu Mantapkan Jalinan Kerjasama

(CRI)Isnin 26 Jun 2023

China bersedia bersama Barbados memantapkan pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), di samping memperkasa kerjasama membabitkan ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan sebagainya.

Demikian kata Perdana Menteri China Li Qiang ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Barbados, Mia Mottley di Beijing pada petang Ahad.

Li menyatakan China akan terus menyokong penyelarasan Pelan Pemulihan dan Transfomasi Ekonomi Barbados (BERT) dengan Inisiatif Pembangunan Global (GDI).

Menurutnya, China akan terus memberi bantuan seboleh mungkin kepada pembangunan sosioekonomi Barbados, termasuk menggalakkan perusahaan domestik melabur di Barbados dan mengimport lebih banyak produk berkualiti dari negara itu.

Beliau berkata China memahami kesukaran dan keperluan negara kepulauan membangun dalam menangani perubahan iklim, dan bersedia membantu negara berkenaan menyelesaikan masalah pembiayaan ke arah mempercepat transformasi tenaga dan mewujudkan pembangunan mampan.

Mottley pula menyatakan pihaknya ingin mengukuhkan kerjasama dengan China dalam bidang pertanian, tenaga, infrastruktur, pembasmian kemiskinan, pelancongan, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain.

Beliau turut menegaskan pendirian Barbados menentang amalan 'mencantas hubungan' dan menyokong sistem perdagangan multilateral.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan