欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pendirian China tentang Perpaduan Antarabangsa dalam Bidang Hak Asasi

(CRI)Khamis 29 Jun 2023

China selama ini tidak pernah berganjak daripada usaha memelihara kerjasama dan solidariti antarabangsa, serta mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan demi pembangunan dunia yang semakin baik.

Demikian ujar Wakil Tetap China ke Pejabat Geneva Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan lain-lain pertubuhan antarabangsa di Switzerland, Chen Xu pada Sidang Ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) yang diadakan semalam.

Menurut Chen, Perisytiharan dan Garis Panduan Vienna yang diluluskan tiga dekad lalu memperlihatkan tekad masyarakat antarabangsa untuk mengayunkan selangkah baharu demi peningkatan kerjasama dan solidariti antarabangsa dan kemajuan substantif dalam bidang hak asasi manusia.

"Perkembangan hak asasi manusia ke arah yang sihat memerlukan solidariti dan kerjasama tetapi bukanlah pemecahbelahan dan konfrontasi. Solidariti antarabangsa bukan sahaja patut dilihat sebagai sejenis hak dan kepentingan, tetapi juga sejenis kewajipan. China menyeru pelbagai negara menaati manifesto dan panduan yang terkandung dalam Piagam PBB, mengadakan pertukaran dan kerjasama berdasarkan prinsip saling menghormati, menentang modus operandi yang mempolitikkan dan memperalatkan isu hak asasi, dan bertindak pantas menyumbang kepada pembangunan hak asasi manusia ke arah yang sihat dalam senario global," katanya lagi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan