欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Mendalami Erti Ucapan Xi sempena 1 Julai

(CRI)Jumaat 30 Jun 2023

Sempena ulang tahun ke-102 Parti Komunis China (PKC) yang jatuh pada 1 Julai, Setiausaha Agung Xi Jinping menyeru semua anggota parti agar menumpu kepada penyelesaian kesukaran yang mencabar, menyempurnakan sistem pentadbiran parti dengan ketat secara komprehensif, memperkuat tampuk kuasa yang berkaliber yang mampu memikul tanggungjawab pembangkitan nusa dan bangsa.

Jawatankuasa Pusat PKC yang diterajui Xi sejak tahun 2012 telah memperkenalkan teori dan langkah inovatif mentadbir parti dengan penuh disiplin, di samping membuka lembaran baharu terhadap pembaharuan dalam parti yang bersejarah lebih seabad.

Malah, Xi secara peribadi turut memberi perhatiannya kepada pembangunan PKC.

Ia dilakukan menerusi gabungan mentadbir parti secara komprehensif dengan usaha membangunkan negara sosialis moden, memperdalam pembaharuan dan pentadbiran negara secara menyeluruh, sehingga membentuk kerangka strategik PKC.

Pentadbiran parti dengan ketat secara komprehensif merangkumi pembetulan cara kerja yang penuh disiplin, antirasuah dan pelaksanaan hukuman kepada pesalah, serta memberikan jaminan menerusi sistem penyempurnaan diri.

PKC bertekad menerajui pembaharuan masyarakat dengan pembaharuan sendiri, memastikan pendorongan pembangunan negara yang kuat serta pembangkitan nusa dan bangsa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan