欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Seru Kerjasama dengan Jepun dan Korea Selatan Dirapatkan Semula

(CRI)Selasa 04 Julai 2023

China, Jepun dan Korea Selatan dikehendaki memelihara kerjasama tiga pihak ke arah yang tepat. Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), yang juga Pengarah Pejabat Jawatankuasa Hal Ehwal Luar PKC, Wang Yi berkata demikian ketika menghadiri Forum Antarabangsa Kerjasama China, Jepun dan Korea Selatan 2023 yang diadakan di bandar Qingdao, China pada Isnin.

Katanya, kedamaian Asia perlu dilindung bersama, kemakmuran Asia perlu dipergiatkan bersama dan kebangkitan Asia perlu diperjuangkan bersama oleh ketiga-tiga negara ini.

Sehubungan itu, China mencadangkan ketiga-tiga negara ini meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain, berganding bahu memelihara keamanan dan kestabilan serantau, sinergi membina momentum pertumbuhan ekonomi, bersama-sama mendorong integrasi ekonomi serantau dan mengatasi cabaran yang sama di samping merancakkan pertukaran dan belajar daripada satu sama lain untuk memupuk persefahaman di kalangan rakyat.

Menteri Luar Korea Selatan, Park Jin dan Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi memilih menyampaikan ucapan melalui pautan video dalam forum tersebut.

Turut hadir, wakil kalangan politik, akademik dan media daripada ketiga-tiga negara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan