欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Kesal IAEA Beri Kelulusan kepada Rancangan Jepun

(CRI)Rabu 05 Julai 2023

China berasa kesal terhadap Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang mengeluarkan satu laporan penilaian bersepadu tentang rancangan Jepun melepaskan air kumbahan Loji Janakuasa Nuklear Fukushima ke dalam laut, kerana ia gagal memperlihatkan pendapat pakar dari pelbagai pihak dan tidak mendapat pengiktirafan secara menyeluruh.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China pada sidang media pada Selasa.

Menurut laporan berkenaan, pelan Jepun tentang pelepasan air tercemar nuklear itu selaras dengan piawaian keselamatan antarabangsa pada asasnya, dan IAEA akan mengawalselia pelepasan terbabit untuk suatu jangka masa yang panjang.

Menurut jurucakap China, laporan IAEA itu diterbitkan tanpa menjawab soalan-soalan seperti berapa lama keberkesanan alat pembersih Jepun? adakah masyarakat antarabangsa boleh menguasai keadaan semasa apabila pelepasan berkenaan melampaui piawaian? serta apa kesan negatif dibawa agregat elemen radioaktif terhadap persekitaran laut, keselamatan makanan dan kesihatan awam?

Dimaklumkan, Jepun mendapat sokongan global setelah berlakunya insiden Fukushima pada 12 tahun yang lalu, namun memilih memindahkan risiko tercemar nuklear kepada seluruh manusia pada masa ini. Kewajipan memelihara persekitaran laut tercantum dalam Konvensyen Perundangan Laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS). Menurut Konvensyen Lambakan London (LDC) pada tahun 1972 pula, perbuatan melambakkan air kumbahan nuklear ke dalam laut melalui bangunan buatan adalah dilarangkan. Rancangan Jepun itu jelaslah tidak sejajar dengan tanggungjawab dan kewajipan antarabangsa.

China mendesak lagi Jepun menghentikan rancangannya yang 'selfish', dan menangani masalah terbabit dengan saintifik, selamat dan telus.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan