欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Persidangan Ekonomi Digital Global 2023 Buka Tirai

(CRI)Rabu 05 Julai 2023

Persidangan Ekonomi Digital Global (GDEC) 2023 ke-3 anjuran bersama kerajaan bandar Beijing, Kementerian Teknologi Industri dan Informasi, Kementerian Perdagangan, Jabatan Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) serta Persatuan China untuk Sains dan Teknologi telah membuka tirai di Pusat Konvensyen Nasional China (CNCC) di bandar Beijing semalam.

Persidangan yang merangkumi pelbagai aktiviti ini seperti upacara perasmian, forum utama, 6 forum kemuncak, forum bertema dan sebagainya, bertujuan untuk mengembangkan industri digital baharu, merangsang potensi penggunaan digital dan mendorong pembinaan pola kerjasama antarabangsa dalam bidang digital ke arah yang terbuka dan menang-menang.

Inisiatif Kerjasama Bandar Rakan Ekonomi Digital Global telah diumumkan bersama oleh 18 buah bandar seperti San Francisco, London, Abu Dhabi dan Beijing dalam upacara perasmian persidangan tersebut.

Naib Ketua Jabatan Ekonomi dan Informasi Beijing, Wang Lei berkata, inisiatif kerjasama tersebut bertujuan mendorong kerjasama dan interaksi antara bandar di seluruh dunia, berkongsi persekitaran pasaran yang terbuka dan saling menguntungkan, khususnya menyokong kerjasama untuk kebajikan umum dalam sektor digital dan mendorong ekonomi digital berkembang ke arah selamat, inklusif dan inovatif dalam senario global.

Dalam pada itu, Singapura terpilih sebagai tetamu kehormat yang merupakan pertama dalam sejarah GDEC. Dengan demikian, Republik itu akan menjadi tuan rumah bagi penganjuran sebahagian aktiviti yang terbabit, yang kondusif bagi mendorong interaksi dan kerjasama dalam bidang teknologi, perindustrian dan peraturan mengenai ekonomi digital, dan juga kondusif bagi peningkatan pengaruh GDEC di pentas antarabangsa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan