欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Jinping Kunjungi Suzhou, Tumpukan Pembanguan Berkualiti Tinggi

(CRI)Jumaat 07 Julai 2023

Presiden China Xi Jinping menamatkan kunjungan dua harinya di bandar Suzhou, provinsi Jiangsu pada Khamis.

Dalam rangka lawatannya, beliau telah meninjau pusat pameran Taman Perindustrian Suzhou, syarikat HYC Technology, jalan kebudayaan dan bersejarah Pingjiang untuk melihat usaha pembinaan taman perindustrian, inovasi syarikat sains dan teknologi, serta perlindungan terhadap bandar bersejarah.

Taman Perindustrian Suzhou, yang ditubuhkan pada 1994 menjadi destinasi pertama dalam lawatan Presiden China itu kali ini.

Untuk rekod, taman itu merupakan projek simbolik kerjasama antara kerajaan China dengan Singapura, dan juga taman perindustrian usaha sama China dengan negara luar.

Selepas berkembang selama 29 tahun, Taman Perindustrian Suzhou sekarang giat memperkasakan transformasi yang berobjektifkan pembangunan berkualiti tinggi.

Di pusat pameran taman perindustrian itu, produk-produk yang penuh dengan komponen sains dan teknologi memaparkan pencapaian terkini bandar Suzhou dalam usaha mengembangkan diri sebagai pusat inovasi sains dan teknologi yang berpengaruh di peringkat global.

Kini, taman perindustrian itu mempunyai sejumlah 2,489 syarikat teknologi canggih dan 62 syarikat tersenarai dalam bursa saham.

Pada masa sama, jumlah nilai pengeluaran teknologi canggih turut menduduki 74.8 peratus dalam jumlah nilai output perindustrian kasar.

Difahamkan, ini merupakan kunjungan Xi Jinping kali ketiga ke provinsi Jiangsu selepas Kongres Kebangsaan PKC-19.

Dalam ketiga-tiga lawatannya, beliau sering menekankan tentang pembangunan berkualiti di provinsi tersebut.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan