欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pentingnya Pertingkat Kepimpinan Parti ke atas Tentera:Xi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 24 Julai 2023

Presiden Xi Jinping memberi penekanan mengenai pentingnya membuka dimensi baharu dalam mempertingkat kepimpinan Parti Komunis China (PKC) ke atas pasukan tentera.

Ia bakal menyediakan jaminan politik yang kukuh bagi memastikan matlamat seratus tahun Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) tercapai, kata beliau.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) membuat kenyataan itu pada suatu mesyuarat mengenai pemerkasaan Parti dalam pasukan tentera.

Beliau berkata peri pentingnya melaksanakan kajian menyeluruh terhadap pencapaian dan pengalaman penting yang diraih dalam pembinaan Parti sejak Kongres Kebangsaan ke-18 PKC.

Usaha berterusan harus dilakukan untuk menambah baik tadbir urus kendiri Parti secara menyeluruh dan ketat serta tadbir urus tentera dengan disiplin yang ketat dalam setiap aspek.

Xi turut menegaskan bahawa tumpuan juga harus diberikan kepada penyelesaian isu-isu menonjol yang dihadapi organisasi Parti di semua peringkat, dalam aspek seperti mengekalkan kepimpinan mutlak Parti terhadap tentera dan memastikan kesiagaan tentera sentiasa berada di tahap tertinggi.

Berita Berkaitan