欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Harap Perkasa Kerjasama Menyeluruh dengan China: Presiden Algeria

(CRI)Isnin 24 Julai 2023

Sebagai negara besar dengan populasi 1.4 bilion orang, China memikul tanggungjawab dan misi yang penting, dan banyak negara berharap China memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan global.

Demikian ujar Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune dalam temu bual eksklusif bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Menurut Tebboune, China sedang mengorak langkah ke arah mewujudkan pembangunan lebih cemerlang di bawah pimpinan Presiden Xi Jinping.

Beliau menzahirkan kesediaan untuk bergaul dengan China, dan menganggap China sentiasa menghormati negara lain dan tidak mengamalkan paksaan politik.

“Dalam pergaulan dengan negara lain, China sentiasa menjunjung kesamarataan antara negara besar dan negara kecil.

“China tidak pernah memaksa pihak lain mengikut kemahuan politiknya, dan tidak mengemukakan sebarang syarat politik dalam perhubungan antarabangsa,” kata beliau.

Tebboune berharap supaya kedua-dua negara terus memperkasa kerjasama menyeluruh, bukan sahaja melibatkan ekonomi dan perdagangan, tetapi juga merangkumi bidang seperti pendidikan asas, perubatan, latihan, penerokaan sumber mineral dan lain-lain.

Tambah beliau, Algeria berhasrat bekerjasama dengan China untuk membina sebuah landasan kereta api dari selatan ke utara negara itu bagi mempermudah pengangkutan penumpang dan kargo.

Berita Berkaitan