欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Universiade Chengdu Utamakan Prinsip "Hijau, Berjimat dan Perlu"

(CRI)Rabu 26 Julai 2023

Sukan Universiti Dunia Musim Panas ke-31 (Universiade) akan dibuka di Chengdu, provinsi Sichuan, barat daya China, Jumaat ini.

Pada edisi kali ini, prinsip "hijau, berjimat, dan perlu" akan diketengahkan dalam segenap aspek ketika berlangsungnya Universiade Chengdu.

'Lorong nyaman', iaitu satu struktur bangunan unik yang direka oleh tukang-tukang pada zaman kuno, dapat menghasilkan efek pengudaraan semula jadi yang mampu menjadikan bangunan nyaman. Ia dapat menjimatkan penggunaan tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon.

Menurut laporan, 'lorong nyaman' yang seluas 1,400 meter persegi ini mampu menjimatkan hampir 70,000 kilowatt-jam elektrik setahun, bersamaan penggunaan tenaga oleh 20 isi rumah setahun.

Di perkampungan atlet dan venue pertandingan pula, pihak penganjur turut menyediakan 'kiub karbon rendah'. Orang ramai boleh membuang barang yang boleh kitar semula ke dalam kiub itu, seperti tin, botol plastik dan lain-lain, untuk mendapatkan 'kredit karbon' mengikut jenis barang yang dimasukkan.

'Kredit karbon' itu boleh ditebus untuk menukar cenderamata, termasuk baju-T dan beg kanvas dengan gambar panda, sekali gus mendorong pengguna untuk menjalani gaya hidup sihat dan rendah karbon.

Difahamkan, Universiade Chengdu juga menggunakan bahan binaan hijau secara menyeluruh, dengan menggantikan semua lampu kepada LED jimat tenaga, menggunakan venue pertandingan sedia ada dengan sebaik mungkin, serta mengubah dan menaiktaraf 36 venue pertandingan lama.

Berita Berkaitan