欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Koridor Ekonomi China-Pakistan Semakin Menyerlah

(CRI)Isnin 31 Julai 2023

Wakil khas Presiden Xi Jinping yang juga Naib Perdana Menteri China, He Lifeng bakal melawat Pakistan untuk menghadiri sambutan ulang tahun ke-10 operasi Koridor Ekonomi China-Pakistan.

Jurucakap Kementerian Luar China menyatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran Presiden Xi Jinping yang menekankan pembinaan bersama dan ulang tahun ke-10 operasi Koridor Ekonomi China-Pakistan. Dalam tempoh sedekad lalu, tercapainya hasil yang melimpah dalam pembinaan Koridor Ekonomi China-Pakistan yang berperanan sebagai program perintis BRI menjadikannya “ikon baharu” bagi persahabatan kedua-dua negara.

Menurut jurucakap tersebut, China berharap melalui lawatan He kali ini melaksanakan kata sepakat penting yang tercapai pemimpin kedua-dua negara, terus memupuk persahabatan tradisional, mendorong penaiktarafan pembinaan Koridor Ekonomi China-Pakistan, mengintensifkan Perkongsian Kerjasama Strategik Sepanjang Masa, mempercepat pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Pakistan yang lebih rapat pada zaman baharu ini supaya dapat memberi sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran serantau bahkan sedunia.

Berita Berkaitan