欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Bantah Keras Bantuan Ketenteraan AS kepada Taiwan

(CRI)Rabu 02 Ogos 2023

Bantuan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) kepada Taiwan adalah campur tangan terhadap urusan dalaman China. Ia menjejaskan kedaulatan dan kepentingan keselamatan China, sekali gus mengancam keamanan dan kestabilan di kawasan Selat Taiwan. China telah mengemukakan bantahan keras kepada pihak AS.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Pertahanan China, Tan Kefei.

Portal White House mutakhir ini menyiarkan berita bahawa AS akan memberikan bantuan ketenteraan bernilai USD345 juta kepada Taiwan. Ini julung-julung kalinya kerajaan Biden menggunakan "hak pengeluaran presiden (presidential drawdown authority)" untuk menyediakan bantuan kepada Taiwan.

Menurut Tan Kefei, isu Taiwan melibatkan kepentingan teras China dan meruapakan garis merah yang tidak boleh dilangkaui dalam hubungan China-AS.

Beliau berkata, beberapa kekuatan dari AS menjunjung hegemonisme dan mentaliti Perang Dingin, meningkatkan hubungan ketenteraan antara AS dengan Taiwan melalui penjualan senjata, bantuan ketenteraan dan latihan bersama. Mereka juga membiarkan dan menghasut kumpulan pemisah 'kemerdekaanTaiwan' menjalankan provokasi, meningkatkan konfrontasi dan meruncingkan situasi di kawasan Selat Taiwan.

China menuntut AS menghentikan segala hubungan ketenteraan dengan Taiwan. Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China akan memberikan perhatian tinggi terhadap situasi di Selat Taiwan dan tetap berwaspada untuk membela kedaulatan negara dan keutuhan wilayah serta dengan tegas memelihara keamanan dan kestabilan di kawasan Selat Taiwan.

Berita Berkaitan