欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

e-Dompet China Naik Taraf, Permudah Warga Asing Guna

Akhir-akhir ini, dua platform perkhidmatan pembayaran mudah alih utama di China, WeChat dan Alipay mengumumkan penaiktarafan perkhidmatan masing-masing agar para pelanggan dapat menambahkan kad asing seperti kad visa dan kad master pada akaun, mempermudah pembayaran tanpa tunai bagi warga asing di China.

Foto ini menunjukkan pengguna membayar dengan telefon bimbit di sebuah pusat beli-belah di Tianjin. (Xinhua/Sun Fanyue)

Foto ini menunjukkan pengguna membayar dengan telefon bimbit di sebuah pusat beli-belah di Tianjin. (Xinhua/Sun Fanyue)

Tahun-tahun kebelakangan ini, pembayaran mudah alih berkembang pesat di China. Namun, warga asing sebelum ini diharuskan untuk memohon kad China dan menambahkannya pada akaun untuk menikmati perkhidmatan pembayaran mudah alih.

“Selepas dinaik taraf, perkhidmatan pembayaran mudah alih kami dapat meliputi pelbagai senario seperti membeli-belah, memesan perkhidmatan e-hailing, menaiki subway, menggunakan basikal kongsi, bahkan memesan makanan,” demikian menurut Jin Yaoyao dari Alipay.

Kedua-dua platform turut menawarkan promosi. Misalnya, bagi setiap transaksi di bawah 200 yuan, tiada caj pengendalian dikenakan di kedua-dua platform. Sementara itu, berkat skema “Alipay+”, pelancong dari Korea Selatan dan Malaysia boleh juga menggunakan e-dompet kedua-dua negara itu di China.

Berita Berkaitan