欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Guangxi Percepat Siapkan Pusat Pertukaran Sukan untuk ASEAN

(CRI)Jumaat 04 Ogos 2023

Projek pembinaan pusat pertukaran sukan bertaraf dunia yang khusus menyasarkan ASEAN sedang giat dijalankan di wilayah Guangxi.

Menurut butiran pelan berkenaan, wilayah itu akan membangunkan pusat acara pertandingan serantau dan pusat pengelolaan pertandingan sukan China-ASEAN, serta meningkatkan pelibatan diri dalam penganjuran acara berprestij dunia.

“Pelbagai inisiatif akan disediakan pihak berkuasa untuk menggerakkan pembangunan inovatif industri sukan marin di Zon Ekonomi Teluk Beibu.

“Selain acara pertandingan berkelas dunia dan aktiviti pelancongan sukan dilangsungkan di bandar Guilin, fasiliti sukan seperti Pusat Asia Pasifik Persekutuan Pelayaran Dunia akan diwujudkan di bandar Beihai,” kata naib pengarah jabatan sukan wilayah Guangxi, Gan Yonghui.

Menurut beliau, Guangxi akan mewujudkan platform kerjasama dagangan sukan China-ASEAN bagi memudahkan pemprosesan terikat (bonded processing) produk sukan dan pembangunan e-dagang rentas sempadan di zon rintis perdagangan bebas.

“Menerusi platform berkenaan, perkhidmatan kewangan akan ditawarkan termasuk pemajakan peralatan sukan melalui pembiayaan, dan insurans sukan.

“Kami juga merancang membina taman perindustrian sukan China-ASEAN, dan mencungkil potensi pembangunan pelancongan sukan di sempadan,” kata Gan.

Wilayah autonomi di selatan China itu turut komited menjayakan program pertukaran bakat sukan pada peringkat global seperti Kem Pertukaran Elit Sukan China-ASEAN, menggalakkan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan berinteraksi dengan universiti luar negeri, dan menubuhkan Institut Penyelidikan Sukan China-ASEAN.

Berita Berkaitan