欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pengawal Pantai China Usir Kapal Filipina Meninggalkan Terumbu Ren'ai

(CRI)Isnin 07 Ogos 2023

Jurucakap Pengawal Pantai China, Gan Yu mengatakan, dua kapal pembekal dan dua kapal pengawal pantai Filipina menceroboh kawasan perairan Terumbu Ren'ai Kepulauan Nansha China tanpa keizinan kerajaan China pada 5 Ogos lalu.

Beliau mengesahkan bahawa pengawal pantai China melaksanakan tindakan kawalan sewajarnya berasaskan undang-undang dan menghalang kapal-kapal Filipina yang menghantar bahan binaan yang tidak mematuhi peraturan.

Gan berkata, China menuntut Filipina menghentikan aktiviti yang menceroboh kedaulatan China di kawasan perairan tersebut dengan serta merta.

Tegasnya, China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Kepulauan Nansha termasuk Terumbu Ren'ai serta kawasan perairan sekitarnya. Pengawal pantai China akan terus menjalankan aktiviti penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan China untuk membela kedaulatan negara ini.

Video

Berita Berkaitan