欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kenyataan Jabatan Negara AS mengenai Terumbu Ren'ai Dibidas

(CRI)Selasa 08 Ogos 2023

China tegas menentang kenyataan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) yang menyerang tindakan sah China bagi melindungi hak dan menguatkuasakan undang-undang di laut.

Baru-baru ini, Jabatan Negara AS mendakwa China melanggar undang-undang antarabangsa apabila menghalang cubaan kapal Filipina menghantar anggota tentera dan bekalan untuk kapal perang yang ditempatkannya di terumbu Ren’ai.

Mengulas mengenai dakwaan itu, jurucakap Kementerian Luar China membidas Jabatan Negara AS langsung tidak mempedulikan fakta dan memberi sokongan kepada tindakan Filipina yang haram dan provokatif.

Jurucakap itu berkata terumbu Ren’ai merupakan sebahagian daripada Kepulauan Nansha China sejak zaman dahulu.

Pada 1999, Filipina menghantar kapal perang ke terumbu Ren’ai dengan niat mengubah status quo terumbu itu.

Demi menghantar bahan binaan untuk membaiki kapal perang berkenaan, Filipina mengerahkan dua kapal memasuki kawasan perairan di sekitar terumbu Ren’ai pada 5 Ogos, tanpa menghiraukan amaran China.

Tindakan Filipina itu mencabuli kedaulatan China dan melanggar Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC).

Menurut jurucakap itu, operasi Pengawal Pantai China (CCG) menghalang kapal Filipina itu dijalankan secara profesional, menahan diri dan tiada cacat celanya.

Jurucakap itu turut mengecam AS menghasut Filipina membaiki dan mengukuhkan kapal perangnya di terumbu Ren’ai selama ini, malah mengerahkan pesawat dan kapal perang untuk membantu Filipina serta mengugut China dengan memetik Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina.

Video

Berita Berkaitan