欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Teguh Pertahankan Kedamaian Dunia

(CRI)Rabu 16 Ogos 2023

Menteri Pertahanan China, Li Shangfu menyatakan bahawa negara Tembok Besar ini berpegang teguh terhadap usaha mempertahankan kedamaian dunia.

Beliau berkata, China juga bersedia untuk terus memperkukuh kepercayaan strategik dalam bidang keselamatan ketenteraan dengan tentera negara-negara lain, dan meningkatkan kerjasama pragmatik dalam sektor-sektor profesional.

Menurut Li, ia bertujuan untuk membina platform kerjasama keselamatan dan memberikan sumbangan yang lebih besar bagi keselamatan global.

Beliau yang juga Anggota Dewan Negara China berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Keselamatan Antarabangsa Moscow ke-11, di sini, pada Selasa.

Li turut menggunakan platform itu untuk memberi penegasan isu yang berkait dengan Taiwan.

"Isu Taiwan adalah urusan dalaman China, dan tidak boleh dicampurtangan dari mana-mana pihak luar.

"Penyatuan semula China adalah trend perkembangan sejarah. Mana-mana pihak yang bermain api dalam isu Taiwan atau ingin mengekang China menggunakan isu itu pasti akan menghadapi kegagalan," kata beliau.

Pada masa sama, Li juga mengulangi gesaan Presiden Xi Jinping berhubung konsep keselamatan yang mengetengahkan dialog, bersahabat tanpa sekutu, dan situasi menang-menang.

Kata beliau, gesaan itu turut disambut baik oleh masyarakat antarabangsa,

Terdahulu, Presiden Xi telah mengemukakan Inisiatif Keselamatan Global serta mencadangkan pandangan keselamatan yang bersifat inklusif, komprehensif, bekerjasama, dan berkekalan.

Semasa persidangan tersebut, Li turut mengadakan perjumpaan dengan rakan sejawatan dari Rusia, Sergei Shoigu untuk berbincang mengenai hubungan tentera China-Rusia dan isu-isu kerjasama.

Beliau juga mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin pertahanan dan tentera dari Iran, Arab Saudi, Kazakhstan, dan Vietnam.

Video

Berita Berkaitan