欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Mahu Tingkatkan Kerjasama dengan Asia Selatan

(CRI)Khamis 17 Ogos 2023

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Wang Yi berkata bahawa negara-negara di Asia Selatan dialu-alukan untuk terus menumpang pembangunan pesat China dan memperoleh limpahan manfaat daripada pembangunan negara ini.

Menurutnya, China berhasrat untuk bekerjasama dengan negara-negara di Asia Selatan, meningkatkan kerjasama, memupuk tenaga pembangunan baharu, membina komuniti pembangunan bersama, demi menyumbang kepada keamanan berkekalan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini.

Wang berkata demikian ketika berucap pada upacara perasmian Ekspo China-Asia Selatan ke-7 di sini, pada Rabu.

Beliau turut mencadangkan empat saranan bagi memperdalam kerjasama.

Antaranya memperdalam kesalingpercayaan strategik, meningkatkan kesalinghubungan, mempergiat kerjasama ekonomi dan perdagangan, serta merapatkan pertukaran dalam kalangan rakyat," ujar Wang.

Untuk rekod, 2023 menandakan ulang tahun ke-10 Ekspo China-Asia Selatan, dan juga ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta konsep diplomasi jiran berpandukan persahabatan, keikhlasan, sama menang, dan keinklusifan.

"Dalam sepuluh tahun ini, kita mengukuhkan kerjasama, bersama-sama mempertahankan keamanan dan persekitaran pembangunan serantau."

"Kita terus bangunkan BRI, dengan kemajuan yang menggalakkan dalam bidang saling berhubung, pembinaan infrastruktur, perdagangan, dan pelaburan," kata Wang.

Turut hadir pada upacara tersebut adalah Perdana Menteri Sri Lanka, Dinesh Gunawardana, Timbalan Presiden Laos, Pany Yathotu, Timbalan Presiden Nepal, Upendra Yadav, dan Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Tran Luu Quang.

Bagi para peserta, majoritinya bersetuju bahawa negara-negara di Asia Selatan menyertai pembinaan BRI berkualiti tinggi bersama China secara aktif dan telah mencapai hasil yang memuaskan.

Mereka turut berpendapat bahawa Ekspo China-Asia Selatan ke-7 anjuran China memenuhi keperluan pembangunan setiap negara terlibat, dan menjadi platform kerjasama yang cekap.

Video

Berita Berkaitan