欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Import Eksport Xinjiang dengan Negara Terlibat BRI Meningkat Lebih 60%

(CRI)Isnin 21 Ogos 2023

Jumlah import eksport perdagangan luar Wilayah Autonomi Xinjiang China bagi tujuh bulan pertama tahun ini merekod RMB183.16 bilion (RM116.9 bilion), meningkat 59.3% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, iaitu lebih tinggi 58.9 mata peratusan dari kadar pertumbuhan purata di peringkat kebangsaan.

Menurut maklumat berkenaan, Xinjiang berhubungan perdagangan dengan 167 buah negara dan kawasan pada tujuh bulan pertama tahun ini, antaranya jumlah import eksport dengan negara terlibat dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) mencatat RMB169.08 bilion (RM107.9 bilion), meningkat 61.4%, yang juga menempati 92.3% jumlah keseluruhannya bagi tempoh itu. Selain itu, perdagangan import eksport dengan anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) meningkat 4.4% dengan mencecah RMB6.55 bilion (RM4.18 bilion), manakala jumlah import eksport dengan Kesatuan Eropah mencapai RMB4.03 bilion (RM2.57 bilion), naik 11.6%.

Video

Berita Berkaitan