欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Jepun Dituntut Tarik Balik Pelan Pelepasan Air Sisa Radioaktif ke Laut

(CRI)Selasa 22 Ogos 2023

China memberikan perhatian tinggi terhadap pelan Jepun untuk melepaskan air sisa radioaktif ke laut, kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media pada Isnin.

Menurut laporan, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mendakwa bahawa pelepasan air sisa nuklear yang "dirawat" tidak boleh ditangguhkan lagi.

Wang Wenbin menyatakan, kerajaan Jepun tidak menghiraukan suara bantahan dari dalam dan luar negeri, tidak mempedulikan persoalan masyarakat antarabangsa terhadap kesahan dan keselamatan pelan pelepasan, serta mengabaikan risiko terhadap persekitaran laut sejagat dan kesihatan manusia, berkeras hendak melepaskan air sisa radioaktif ke laut.

"Inilah tindakan yang terlalu mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab. China memberikan perhatian tinggi dan akan mengikuti perkembangan situasi berkaitan," kata Wang.

Beliau mengatakan, jika air sisa radioaktif itu dilepaskan ke laut, ia tidak dapat diambil balik lagi.

"China menggesa kerajaan Jepun memandang serius kebimbangan rakyat negara sendiri dan masyarakat antarabangsa, berhenti membuat keputusan salah, dan menarik balik pelan pelepasan berkenaan" ujarnya.

Video

Berita Berkaitan