欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Mekanisme Kerjasama BRICS Bantu Negara Membangun Tingkat Pengaruh Antarabangsa

(CRI)Selasa 22 Ogos 2023

Negara-negara BRICS yang meliputi lebih 40 peratus daripada populasi dunia disifatkan sebagai sentiasa menyalurkan bantuan kepada negara-negara membangun lain untuk mengatasi kesulitan.

Menurut pakar politik dan hubungan antarabangsa di Universiti Abuja Nigeria, Profesor Dr. Sheriff Ghali Ibrahim, kesungguhan tersebut adalah sumbangan besar dalam membantu meningkatkan pengaruh antarabangsa dan hak kebebasan bersuara negara-negara membangun.

Demikian ujar beliau ketika diwawancara Kumpulan Media China (CMG) sewaktu menghadiri Forum Peringkat Tinggi Media Negara BRICS edisi ke-6 di Johannesburg, Afrika Selatan mutakhir ini.

Sheriff turut menyifatkan Inisiatif Keselamatan Global (GSI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) yang diajukan Presiden Xi Jinping sebagai memaparkan konsep dan visi China dalam tadbir urus sejagat.

"Ia memainkan peranan yang unik dalam usaha membentuk sistem multilateral, menggalakkan pembangunan dan kestabilan global, serta membina komuniti berkongsi nasib sesama insan," kata beliau.

Sheriff juga menekankan bahawa mekanisme kerjasama BRICS (Brazil, Russia, India, China, Afrika Selatan) mempunyai makna penting bagi membantu mengubah order politik dan ekonomi antarabangsa yang usang dan dikuasai negara-negara Barat, sambil mengurangkan serta melemahkan dominasi dolar Amerika dalam urusan fizikal antarabangsa.

Beliau berkata, pada masa sama, ia juga dapat membantu negara-negara membangun, termasuk negara-negara Afrika untuk melepaskan diri daripada sekatan dan penindasan dikenakan negara-negara Barat.

Video

Berita Berkaitan