欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Pertemuan antara Xi dan Ramaphosa Berhasil

(CRI)Rabu 23 Ogos 2023

Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatannya dari Afrika Selatan Cyril Ramaphosa Bersama-sama berjumpa media selepas pertemuan mereka di kediaman rasmi Presiden di Pretoria, pada Selasa.

Xi berkata sejak hubungan diplomatik antara China dengan Afrika Selatan terjalin 25 tahun dahulu, hubungan kedua-dua negara ini telah menyaksikan perkembangan pesat, dengan kesalingpercayaan strategik ditingkatkan ke tahap lebih tinggi, kerjasama dalam pelbagai bidang dipertingkat dan koordinasi pelbagai hala semakin erat.

Beliau menyifatkan pertemuan tersebut sebagai amat berhasil kerana mereka telah berkongsi pandangan mengenai perkembangan hubungan dua hala pada era baharu serta isu antarabangsa dan serantau yang menjadi perhatian bersama, sehingga mencapai banyak konsensus.

Menurut Xi, mereka senada bahawa China dan Afrika Selatan harus menjadi rakan kongsi strategik yang mempunyai kesalingpercayaan bertahap tinggi.

Di samping itu, China dan Afrika Selatan harus menjadi rakan kongsi pembangunan yang maju bersama menyusuli keberhasilan kerjasama pragmatik yang saling menguntungkan.

Xi dan rakan sejawatnya amat mementingkan persefahaman sesama rakyat, dan berkata kedua-dua pihak harus menjadi rakan kongsi muhibah yang mengenali satu sama lain secara lebih baik.

Antara konsensus lain termasuk China dan Afrika Selatan, sebagai negara membangun besar dan pasaran baru muncul yang berpengaruh di arena antarabangsa, harus menjadi rakan kongsi global yang menyumbang kepada pemeliharaan keadilan.

Ramaphosa pula mengulangi persetujuan dicapai melalui pertemuan bersama Presiden Xi, antaranya termasuk terus saling menyokong dalam isu berhubung kepentingan teras dan keprihatinan utama, memantapkan kerjasama dua hala membabitkan dagangan dan pelaburan, serta memperluas lagi kolaborasi sama menang dalam infrastruktur, pelancongan, pendidikan, ekonomi digital dan lain-lain.

Beliau berharap dapat bekerjasama dengan Presiden Xi serta pemimpin negara BRICS lain ke arah melantangkan suara ahli BRICS dan negara Selatan dalam tadbir urus antarabangsa, dan menggalakkan pembentukan orde dunia yang lebih adil dan munasabah.

Video

Berita Berkaitan