欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Janakuasa Koridor Tenaga Bersih Terbesar Dunia Cecah 1.46 bilion kW/H

(CRI)Isnin 28 Ogos 2023

Penjanaan kuasa elektrik harian di koridor tenaga bersih terbesar di dunia pada 25 Ogos mencecah 1.46 bilion kilowat sejam (kW/H).

Menurut China Three Gorges Corporation pada Ahad, ia sekali gus mencipta rekod baharu dalam sejarah.

Koridor tenaga bersih yang terdiri daripada enam stesen janakuasa hidro mega di Sungai Yangtze China melibatkan Wudongde, Baihetan, Xiluodu, Xiangjiaba, Tiga Gaung dan Gezhouba itu terbukti menyumbang kepada keselamatan bekalan elektrik serta transformasi dan pembangunan berteraskan tenaga hijau dan rendah karbon di China.

Enam stesen janakuasa hidro tersebut menghadapi cabaran kawalan banjir dan bekalan kuasa elektrik baru-baru ini berikutan hujan lebat di kawasan hilir Sungai Yangtze dan jumlah penggunaan elektrik kekal tinggi di kawasan terbabit.

Namun, China Three Gorges Corporation berjaya mengendalikan enam stesen janakuasa hidro tersebut dengan cekap, meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa, menjalankan kerja ramalan hidrometeorologi dengan teliti, selain mengoptimumkan rancangan bekalan kuasa bagi menjamin kestabilan bekalan kuasa yang bersih.

Video

Berita Berkaitan