欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Berusaha Jamin Keselamatan Makanan

(CRI)Selasa 29 Ogos 2023

Laporan gerak kerja untuk memastikan keselamatan makanan terjamin diserahkan oleh Dewan Negara China pada Isnin kepada sesi kelima Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 untuk dibincangkan.

Laporan itu mengemukakan cadangan untuk menjamin keselamatan makanan dalam lapan aspek bagi memperhebat sistem keselamatan dan jaminan makanan serta meningkatkan pembinaan kapasiti.

“Usaha diperlukan untuk melaksanakan undang-undang keselamatan makanan dengan cekap, dan menggalakkan penggubalan Undang-undang Jaminan Keselamatan Makanan serta Undang-undang Perlindungan Tanah Pertanian.

“Usaha juga perlu dijalankan untuk menjaga tanah pertanian seluas 120 juta hektar.

“Selain itu, perlindungan dan penggunaan sumber germplasma pertanian juga perlu dipertingkat, serta melaksanakan secara menyeluruh projek pembiakan biologi pertanian bagi memastikan spesies bijirin China terpelihara,” memetik laporan itu.

Antara lain yang dicadangkan oleh laporan itu adalah untuk menggalakkan lebih banyak dana pertanian digunakan bagi memastikan bekalan bijirin mencukupi di kawasan pengeluaran bijirin utama.

Untuk rekod, pengeluaran bijirin tahunan China mencecah 650 bilion kilogram selama lapan tahun berturut-turut.

Manakala, jumlah pengeluaran bijirin menokok 686.55 bilion kilogram pada tahun lepas, sementara jumlah pengeluaran makanan per kapita mencatat 486.1 kilogram yang jauh melebihi garis keselamatan bahan makanan antarabangsa iaitu 400 kilogram per kapita

Video

Berita Berkaitan