欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China Diharap Main Peranan Lebih Besar Tingkat Kerjasama Perdagangan Perkhidmatan Global

(CRI)Isnin 04 September 2023

China diharap dapat memainkan peranan lebih besar dalam usaha menaiktarafkan kerjasama perdagangan perkhidmatan di peringkat global.

Harapan itu disuarakan tokoh-tokoh asing sempena perasmian Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2023 di Beijing pada Sabtu.

Presiden Benin, Patrice Athanase Guillaume Talondalam ucapannya berkata Afrika merupakan pengeksport penting bahan mentah pertanian dan perlombongan, tetapi ia tidak mengambil bahagian sepenuhnya dalam perdagangan perkhidmatan sejagat.

Beliau menyeru supaya masyarakat antarabangsa meningkatkan pelaburan produktif di negara-negara Afrika bagi membantu mereka mengintegrasikan diri dalam rantaian nilai global.

Ketua PengarahPertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Ngozi Okonjo-Iweala menyifatkan sektor perkhidmatan amat signifikan untuk mencapai pertumbuhan inklusif, dan pemerkasaan kerjasama antarabangsa berperanan penting dalam mengurangkan kos sektor berkenaan.

Beliau meluahkan harapan supaya China dapat memainkan peranannya dalam usaha tersebut.

"China muncul sebagai pengeksport perkhidmatan keempat terbesar dan pengimport kedua terbesar di dunia susulan prestasi negara itu yang mencapai pertumbuhan perdagangan perkhidmatan secara berterusan.

"Usaha memantapkan lagi sistem perdagangan multilateral memerlukan penglibatan semua anggota WTO termasuk China," ujar Okonjo-Iweala.

Setiausaha Agung Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Rebeca Grynspan pula menyatakan peralihan kepada ekonomi berorientasikan perkhidmatan bukanlah hak istimewa milik segelintir negara.

"Ia mesti menjadi satu proses inklusif yang membolehkan negara-negara membangun mengakses teknologi, pembangunan keupayaan pelaburan serta literasi digital dengan memanfaatkan potensi sektor perkhidmatan secara sama rata," kata beliau.

Video

Berita Berkaitan