欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Kapal Peace Ark Harumkan Nama China

(CRI)Isnin 04 September 2023

Kapal perubatan Peace Ark Tentera Laut China yang sedang bertugas untuk "Misi Harmoni 2023", selamat tiba di Pelabuhan Dili di Timor Leste, iaitu stesen terakhir bagi misi kali ini pada pagi Ahad.

Difahamkan, kapal itu akan memberikan perkhidmatan perubatan serta bantuan kemanusiaan selama tujuh hari di negara tersebut, dan ia merupakan lawatan kali keduanya di Timor Leste, dan kali keempat bagi kapal angkatan laut China ke negara itu.

Dalam tempoh perkhidmatan, kapal itu akan memperkenalkan teknologi dan kelengkapan perubatan serta konsep China yang maju kepada rakyat Timor Leste.

Setakat ini, jumlah diagnosis dan pembedahan harian kapal itu masing-masing memecah rekod.

Untuk rekod, Peace Ark merupakan platform perubatan profesional khusus untuk penyelamatan perubatan maritim yang direka bentuk dan dibina oleh China sendiri, selain turut mempunyai kelengkapan dan teknologi canggih yang mempunyai harta intelek sendiri.

Sejak mula berkhidmat pada 2008, kapal itu telah belayar ke luar negara sebanyak lapan kali dan berlabuh di tiga lautan dan enam benua dengan jarak pelayaran keseluruhan mencatat lebih 270 ribu batu nautika yang melibatkan 45 negara dan kawasan.

Sehingga kini, kapal itu telah menerima kunjungan lebih 2,000 pemimpin negara dan tetamu kehormat, memberikan perkhidmatan perubatan kepada lebih 280 ribu individu dan menjalankan lebih 1,600 pembedahan, sekali gus mengharumkan nama China.

Video

Berita Berkaitan