欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Undang-undang Kekebalan Negara Asing China Selaras dengan Kelaziman Antarabangsa

(CRI)Selasa 05 September 2023

Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China meluluskan Undang-undang Kekebalan Negara Asing baru-baru ini. Pendirian China tentang "kekebalan mutlak" sebelum ini diubahsuai jadi "mahkamah China diberi mandat menangani kes yang melibatkan negara asing sebagai defendan".

Menurut jurucakap Kementerian Luar China, penggubalan undang-undang itu merupakan tindakan perundangan NPC yang normal dan dijalankan dengan merujuk kepada amalan lazim di arena antarabangsa bagi menetapkan peraturan untuk menangani isu kekebalan negara asing.

Undang-undang Kekebalan Negara Asing yang sudah dikemaskini itu tetap mengiktiraf prinsip asas berhubung negara-negara asing dan harta mereka menikmati kekebalan di China, kecuali dikesan terlibat dalam pendakwaan tidak berkait kedaulatan negara.

Menurut undang-undang yang disusun semula itu, mahkamah China berhak memfailkan dakwaan terhadap negara asing yang tidak berkaitan dengan kedaulatan, seperti dakwaan berhubung aktiviti komersial, kecederaan peribadi dan kerosakan harta benda.

Selain itu, mahkamah China juga berhak mengambil langkah yang wajib terhadap aktiviti dan harta benda komersial negara-negara asing dalam tempoh berkuatkuasa suatu tindakan sekatan yang ketat.

Jurucakap itu berkata, ini sama sekali selaras dengan undang-undang antarabangsa dan amalan di pelbagai negara.

Video

Berita Berkaitan