欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Ucap Tahniah kepada Mesyuarat Menteri Kehakiman SCO ke-10

(CRI)Selasa 05 September 2023

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada mesyuarat Menteri Kehakiman negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-10 pagi tadi.

Menurut Xi, sejak bermulanya mekanisme mesyuarat Menteri Kehakiman negara anggota SCO pada 2013, pelbagai negara anggota yang memegang "semangat Shanghai” saling menyokong dan bekerjasama sehingga memainkan peranan besar dalam mendorong pembinaan perundangan di negara masing-masing, meningkatkan interaksi antara kerajaan dalam bidang kehakiman, mengekalkan kerjasama dalam sektor perkhidmatan undang-undang, melindungi sistem antarabangsa yang mengutamakan PBB dan tata tertib yang berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Dalam surat tersebut, Xi menekankan bahawa China memartabatkan penguatkuasaan undang-undang yang dilihat kondusif bagi kestabilan untuk jangka masa yang panjang, dan giat menyertai pembaharuan dan pembinaan sistem tadbir urus global. Sehubungan itu, China bersedia bersama-sama anggota SCO yang lain untuk terus mempergiat interaksi dan kerjasama dalam bidang pentadbiran kehakiman dan undang-undang pada era baharu, mendorong pembangunan berkualiti tinggi pelbagai negara melalui memartabatkan penguatkuasaan undang-undang, serta menjaga keamanan dan kestabilan serantau supaya dapat menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Video

Berita Berkaitan