欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Konvensyen Ramsar Lulus Penubuhan Pusat Bakau Antarabangsa di Shenzhen

(CRI)Khamis 07 September 2023

Pusat Bakau Antarabangsa di Shenzhen secara rasmi ditubuhkan selepas Mesyuarat ke-62 Jawatankuasa Tetap Konvensyen Ramsar (Konvensyen mengenai Tanah Lembap) meluluskan usul serantau yang dikemukakan oleh China di sini, pada Rabu.

Terdahulu, semasa berlangsungnya Persidangan Pihak Berkepentingan Konvensyen Ramsar ke-14 tahun lepas, China mengumumkan akan memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam perlindungan tanah lembap dan menubuhkan pusat bakau antarabangsa di bandar Shenzhen.

Sepanjang tahun lalu, China bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan berkaitan dan Sekretariat konvensyen untuk menyerahkan pelan pembinaan pusat bakau kepada Jawatankuasa Tetap ke-62, seterusnya memperoleh pengiktirafan serta kelulusan.

Kelulusan pelan tersebut bermanfaat bagi China dan pihak-pihak berkepentingan berkaitan untuk menjalankan kerjasama antarabangsa dan dialog mengenai perlindungan serta pemulihan bakau melalui platform konvensyen, mempromosikan pemulihan dan penggunaan rasional bakau di peringkat global, selain meluaskan pengaruh pusat ini.

Kerajaan China amat mementingkan perlindungan hutan bakau.

Sebagai contoh, peruntukan bakau secara khusus dimasukkan dalam Undang-undang Perlindungan Tanah Lembap Republik Rakyat China, Pelan Tindakan Khas untuk Perlindungan dan Pemulihan Bakau (2020-2025) disusun dan dilaksanakan, manakala model pembiayaan pelbagai berasaskan peruntukan kerajaan turut diwujudkan, selain lebih 10 dokumen teknikal seperti pembinaan semula hutan dan pemulihan ekologi diperkenalkan.

Untuk rekod, kawasan hutan bakau di China pada masa ini bertambah lebih 7,200 hektar berbanding awal abad ini, mengubah sepenuhnya trend pengurangan kawasan bakau dan memasuki fasa pembangunan berkualiti tinggi yang baharu.

Video

Berita Berkaitan