欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Presiden Xi Jinping Kunjungi Mangsa Banjir di Heilongjiang

(CRI)Ahad 10 September 2023
Presiden Xi Jinping Kunjungi Mangsa Banjir di Heilongjiang

Presiden China, Xi Jinping pada Khamis melakukan tinjauan ke atas penduduk kampung Longwangmiao mukim Laojieji yang terjejas ekoran bencana banjir baru-baru ini.

Beliau turut diberi taklimat mengenai kerja berhubung pembangunan semula pasca bencana di sana.

Susulan itu, Xi menzahirkan harapan terhadap semua pihak supaya memperkukuh keyakinan, mengatasi kesukaran, memulihkan kehidupan normal dengan secepat mungkin bagi mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera.

Untuk rekod, bandar Shangzhi yang terletak di Harbin, timur laut China dilanda banjir dahsyat selepas taufan Doksuri membadai negara ini pada Ogos lepas. Menurut statistik, sejumlah 79,000 individu daripada 28,500 keluarga terjejas, dengan sebanyak 4,984 rumah rosak dan ladang seluas 27,640 hektar terjejas.

Pada masa ini, kerja-kerja pembangunan semula sedang giat dijalankan dan order pengeluaran dan kehidupan turut dipulihkan.

Di kampung Longwangmiao, barat daya bandar Shangzhi yang turut ditinjau oleh Xi, dilaporkan sebanyak 58.8 peratus ladang dilanda bencana dan juga mengakibatkan sejumlah 145 buah rumah rosak.

Presiden Xi turut mengadakan tinjauan ke sawah untuk mengetahui keadaan kerosakan padi, selain berjalan-jalan di kawasan kampung untuk melihat keadaan rumah yang terjejas dan perkembangan pembaikpulihan infrastruktur.

Xi berkata, pihak kerajaan akan memberi perhatian sokongan penuh apabila rakyat mengalami kesukaran. Beliau turut menzahirkan harapan agar kerja pembangunan semula dapat dijalankan dengan berjaya.

Video

Berita Berkaitan