欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Strategi Pembangunan Menyeluruh Timur Laut China Diperincikan

(CRI)Isnin 11 September 2023

Presiden Xi Jinping mengadakan tinjauan di provinsi Heilongjiang yang terletak di bahagian timur laut China baru-baru ini. Ketika mempengerusikan sesi libat urus mengenai pembangunan menyeluruh bahagian timur laut, beliau telah memperincikan hala tuju serta pendekatan untuk usaha berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan ekonomi sebenar sebagai asas, inovasi sains dan teknologi sebagai kunci dan penaiktarafan perindustrian sebagai hala tuju bagi memacu pembangunan kawasan timur laut.

Beliau menegaskan perlunya mendorong inovasi sektor perindustrian menerusi inovasi sains dan teknologi.

Bersandarkan asas perindustrian sedia ada, usaha hendaklah dilakukan untuk memacu pembangunan berkualiti sektor pembuatan maju, sambil mempercepat penaiktarafan sektor pembuatan tradisional. Di samping itu, kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) perlu diperkasa untuk memperoleh lebih banyak teknologi teras.

Menyentuh mengenai usaha memacu pemodenan industri pertanian dan kawasan desa pula, Xi menyifatkan kawasan timur laut sebagai 'balast' bagi memantapkan pengeluaran dan pembekalan bahan makanan di negara ini.

Dalam usaha meningkatkan taraf keterbukaan dan kerjasama, Xi menuntut supaya bahagian timur laut mengatur pembinaan sistem infrastruktur moden secara sistematik dan memainkan peranan lebih besar dalam memperlancar kitaran domestik dan menghubungkan kitaran domestik-antarabangsa.

Xi juga mahu melihat kawasan itu memperkasa penyelarasan dengan strategi negara dan menggalakkan integrasi dengan pasaran domestik yang bersatu.

Selain itu, beliau turut menekankan perlunya sokongan dasar diberikan kepada pembangunan modal insan dan lebih banyak wadah keusahawanan diwujudkan di bahagian timur laut bagi menarik dan mengekalkan bakat.

Video

Berita Berkaitan