欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Laos Kerjasama Banteras Penipuan Telekomunikasi

(CRI)Selasa 12 September 2023

Polis China dan Laos berjaya membongkar sebanyak 270 kes penipuan telekomunikasi rentas sempadan dengan penahanan seramai 179 orang suspek.

Ia sekali gus menandakan kerjasama kedua-dua pihak dalam penguatkuasaan undang-undang mencapai hasil signifikan.

Pada Julai tahun ini, Kementerian Keselamatan Awam (MPS) China mengerahkan pasukan petugas ke Laos untuk menjalankan operasi membanteras kegiatan sindiket penipuan bersama polis negara itu.

Operasi pusingan pertama yang dijalankan pada 19 Julai berjaya menumpaskan sarang sindiket penipuan di wilayah Savannakhet, selatan Laos dengan menangkap 15 orang suspek.

Dalam operasi selanjutnya, polis kedua-dua negara turut menahan 164 individu susulan serbuan ke sepuluh lokasi bersasar di Vientiane, 'Golden Triangle', Savannakhet dan Vang Vieng.

Sejak awal tahun ini, MPS terus memperhebat operasi membasmi jenayah penipuan dalam talian menerusi usaha sama dengan polis Thailand, Filipina, Kemboja, Laos, Vietnam dan Indonesia.

Video

Berita Berkaitan