欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

CAEXPO ke-20 Buka Tirai Sabtu Ini

(CRI)Rabu 13 September 2023

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) edisi ke-20 dijadual berlangsung di Nanning, wilayah Guangxi pada 16 hingga 19 September.

Bertemakan 'work together for a harmonious home and a shared future', CAEXPO kali ini akan memfokuskan bidang-bidang utama yang berkaitan dengan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) versi 3.0 termasuk ekonomi digital dan ekonomi hijau.

Pihak penganjur akan menawarkan pameran berskala lebih besar berbanding edisi sebelumnya untuk mempertontonkan produk syarikat pembuatan dalam bidang teknologi maklumat generasi baharu, sumber tenaga dan bahan baharu serta kelengkapan canggih.

Disertai hampir 2,000 syarikat, CAEXPO kali ini menyediakan ruang pameran seluas 102,000 meter persegi, antaranya lebih 30 peratus untuk pempamer asing. Dalam pada itu, sebanyak kira-kira 640 jenama terkemuka dari negara ASEAN akan dipamerkan.

Dalam perkembangan lain, semua barangan dari negara asing untuk dipamerkan dalam CAEXPO edisi ke-20 telah dihantar tiba di Nanning.

Pihak kastam tempatan melaksanakan siri pendekatan bagi mempermudah urusan pelepasan kastam untuk syarikat pempamer dan individu yang terlibat, termasuk meringkaskan pendaftaran dan mendirikan makmal ujian pantas.

Video

Berita Berkaitan