欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Xi Jinping Ucapkan Tahniah kepada Presiden Baharu Singapura

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 15 September 2023

Presiden China Xi Jinping menzahirkan ucapan tahniah kepada Tharman Shanmugaratnam yang dilantik sebagai presiden baharu Singapura, pada Khamis.

Xi dalam perutusan tahniahnya mengatakan bahawa China dan Singapura ialah jiran bersahabat dan rakan kongsi yang penting. Dengan usaha bersama kedua-dua pihak, China dan Singapura telah berjaya membina satu jalan saling belajar, kerjasama dan sama menang. Ini bukan sahaja mendorong pembangunan kedua-dua negara, bahkan juga menjadi teladan bagi kerjasama negara serantau.

Menurut beliau, hubungan China dan Singapura ditingkatkan ke tahap perkongsian berorientasikan masa depan dalam seluruh aspek dan bermutu tinggi pada tahun ini, sekali gus menggariskan hala tuju bagi perkembangan bertaraf tinggi hubungan kedua-dua negara pada era baharu.

Xi menyatakan bahawa beliau memberikan perhatian tinggi terhadap hubungan dengan Singapura dan bersedia menjalin hubungan kerja yang baik dengan Presiden Shanmugaratnam, supaya melonjakkan hubungan China-Singapura ke tahap lebih tinggi, memberikan lebih banyak kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara, dan menyumbang kepada kedamaian, kemakmuran dan kestabilan serantau.

Video