欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

China, Timor-Leste Naik Taraf Hubungan

(CRI)Sabtu 23 September 2023

Presiden China Xi Jinping hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Timor-Leste Xanana Gusmao yang berada di Hangzhou untuk menghadiri upacara perasmian Sukan Asia ke-19.

Pemimpin kedua-dua negara turut mengumumkan hubungan China dan Timor-Leste dinaik taraf ke peringkat perkongsian strategik komprehensif.

Xi menyifatkan penaiktarafan hubungan itu sebagai keperluan kerjasama yang bersesuaian dengan perkembangan semasa dan juga aspirasi bersama rakyat kedua-dua negara.

Kedua-dua negara perlu meningkatkan sokongan antara satu sama lain, memperkasa koordinasi di peringkat antarabangsa dan memelihara dengan baik kepentingan bersama negara membangun, kata beliau.

Xi menyarankan supaya kedua-dua negara terus memperkasa usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan memperdalam kerjasama melibatkan empat bidang utama iaitu pembangunan perindustrian, pembinaan infrastruktur, kemandirian bekalan makanan dan penambahbaikan kesejahteraan rakyat.

Gusmao menzahirkan komitmen pihaknya untuk menyokong dan mengambil bahagian secara aktif dalam BRI yang dianggap bertepatan dengan keperluan pelbagai negara terhadap pembinaan infrastruktur.

Beliau berkata Timor-Leste mengalu-alukan syarikat China melabur di negara itu dan berharap memperkukuh kerjasama dengan China dalam bidang seperti infrastruktur, keselamatan makanan, penerokaan sumber, perubatan dan sebagainya.

Video

Berita Berkaitan