欧美激情肉欲高潮视频_国产又大又硬又粗_色欲精品国产一区二区三区av_久久精品国产精品亚洲精品_3d动漫精品啪啪一区二区免费

Bantuan Kemanusiaan Kecemasan China Tiba di Benghazi

(CRI)Isnin 25 September 2023

Barang bantuan kemanusiaan kecemasan dihulurkan kerajaan China telah tiba di bandar Benghazi, timur Libya semalam.

Kuasa usaha sementara Kedutaan Besar China di Libya, Liu Jian dan rakan sejawatnya dari Kedutaan Besar Libya di China, Khalid dan Ketua Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah Libya, Omar telah menghadiri upacara penyerahan di lapangan terbang.

Liu Jian berkata, China segera menggerakkan mekanisme bantuan kemanusiaan kecemasan selepas diberitahu tentang Libya dilanda bencana banjir. Barang bantuan seberat 90 tan yang baru tiba di negara itu termasuk khemah, selimut, jaket keselamatan, kelengkapan penabisan air, monitor dan alat diagnosis ultrasonik.

Sebelum ini, Palang Merah China telah mengirim wang tunai sebanyak USD200 ribu (RM937 ribu) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Libya.

Liu berharap agar bantuan China digunakan Libya dalam mengatasi impak bencana dan kembali menjalani hidup normal seawal mungkin. China bersedia terus berkomunikasi dengan Libya dan akan terus menyokong usahanya dalam penyelamatan dan pembinaan semula pasca bencana.

Video

Berita Berkaitan